01 Jun
PENGGUNAAN BAHASA DALAM KARANGAN

Bahan ini merupakan rujukan yang dapat digunakan oleh para pelajar untuk mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa ketika menulis sebuah karangan yang baik dan mantap.

Jenis-jenis kesalahan penggunaan bahasa yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar ialah:

  1. Kesalahan kata imbuhan
  2.  Kesalahan kata ganda
  3. Kesalahan kata jamak
  4. Kesalahan kata hubung
  5. Kata sendi nama
  6. Penggunaan kata yang tidak sesuai


a. Kesalahan kata imbuhan

Menggunakan imbuhan yang salah atau tidak tepat pada sesuatu kata. Misalnya:

SalahBetul
Saya merasa amat sedih...Saya berasa amat sedih...
Sebab saya memindah ke sekolahSebab saya berpindah ke sekolah

Dalam contoh diatas penggunaan imbuhan pada kata dasar ‘rasa’ adalah salah mengikut konteks ayat berkenaan. Tambahan lagi, perkataan ‘merasa’ dan ‘berasa’ adalah dua kata yang berlainan maksud, iaitu ‘merasa’ membawa erti mengalami rasa dengan lidah manakala ‘berasa’ membawa erti mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian bahagian badan). Jadi mengikut konteks ayat di atas perkataan ‘merasa’ adalah salah dan penggunaan imbuhan me- diganti dengan penggunaan imbuhan be-.


i)Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan. Misalnya:

SalahBetul
Ayah saya telah dinaik pangkatAyah saya telah dinaikkan pangkat
Saya terpaksa tinggal sekolah...Saya terpaksa meninggalkan sekolah ini...


b. Kesalahan kata ganda. Misalnya: 

SalahBetul
Rakan-sahabat sahabat-handaiRakan-rakan sahabat handai
Pelbagai-bagai PelbagaiBerbagai-bagai

Penggunaan kata ganda ‘pelbagai bagai’ adalah penggunaan yang tidak tepat kerana kata ‘pelbagai’ adalah kata ganda yang sesuai dan sudah memberikan maksud banyak. Jadi perkataan ‘pelbagai bagai’ sepatutnya ditulis ‘pelbagai’ sahaja.


c. Kesalahan kata jamak. Misalnya:

SalahBetul
Semua para hadirinPara hadirin/ semua hadirin
Para guru-guruPara guru

Penggunaan kata jamak ‘para para’ adalah penggunaan yang tidak tepat kerana kata ‘para’ adalah kata yang sudah menunjukkan kata jamak. Tambahan lagi, perkataan‘para-para’ dan perkataan ‘para’ adalah dua perkataan yang berlainan maksud. ‘Para-para’ membawa maksud tempat atau ‘rak’ manakala perkataan ‘para’ membawa maksud untuk menunjukkan bilangan semua seperti dalam ayat yang di atas. Jadi perkataan ‘para-para’ sepatutnya ditulis ‘para’ sahaja.


d. Kesalahan kata hubung.

Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat. Misalnya:

SalahBetul
Syarikat tempat yang ayah saya bekerja...Syarikat tempat ayah saya bekerja...
Saya berazam untuk belajar lebih rajin di sekolah.Saya berazam untuk belajar dengan lebih rajin di sekolah.

 Penggunaan kata ‘yang’ pada konteks ayat di atas sepatutnya ditiadakan kerana kata ‘yang’ adalah kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan.


 e. Kesalahan kata sendi nama. Misalnya:

SalahBetul
...dan dipindahkan daripada tempat ini......dan dipindahkan dari tempat ini...
Selamat sejahtera pada semua rakan-rakan...Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan...

 Penggunaan kata sendi nama ‘pada’ adalah kurang tepat dalam konteks ayat diatas dan sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘kepada’ kerana kata ‘kepada’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia seperti dalam konteks ayat di atas.


f. Penggunaan kata tidak sesuai. Misalnya:

SalahBetul
Saya kini terpaksa meninggalkan sekolah ini...Saya terpaksa meninggalkan sekolah ini...
Walaupun sedikit sedih, saya juga...Walaupun berasa sedih, saya juga...


Selain daripada kesalahan di atas, kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana. Misalnya:

SalahBetul
Namun, Tetapi, Malah, ManakalaAkan tetapi, Namun Begitu, Manakala..,..malah...


2. Ayat tergantung. Misalnya:

SalahBetul
(Bak kata pepatah) ditulis pada awal ayat.(...bak kata pepatah) ditulis di dalam ayat.


3. Kesalahan ejaan. Misalnya:

SalahBetul
...bah kata peribahasa......bak kata peribahasa kerana 'bah' bermaksud banjir.


4. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Misalnya:

SalahBetul
Ini menunjukkan...Perkara ini menunjukkan...


5. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. Misalnya:

SalahBetul
...mempunyai banyak pilihan......mempunyai pilihan yang banyak...

Hal ini demikian kerana ‘banyak’ bukannya objek. ‘Banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Oleh itu, objek mestilah kata nama. 


6. Penggunaan Kata pemeri. Misalnya:

SalahBetul
Nama saya adalah Ahmad.Nama saya ialah Ahmad.
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk...Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk...

‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘Ialah’ perlu diikuti kata nama nama manakala ‘adalah’ perlu diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama.

7. Bentuk lewah. Misalnya: 

SalahBetul
Antara faktor-faktor...Antara faktor...
Pelbagai langkah-langkahPelbagai langkah...


8. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Misalnya:

SalahBetul
...di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa...Digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai.

Sebagai contoh : apa menerangkan perkara atau hal, bagaimana menerangkan cara atau langkah, siapa menerangkan orang atau individu, di mana menerangkan tempat atau yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai. Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?) di akhir ayat.


9. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Misalnya:

SalahBetul
IbubapaIbu bapa
SemulajadiSemula jadi


Kesimpulannya, pelajar perlu berhati-hati semasa menulis. Pelajar juga digalakkan untuk membuat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.







 


Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING